Semoga Nur Afiqa jadi host yang meletop, journalist yang berjaya dan dimurahkan rezeki :>

Saturday 21 November 2015

Ore harap ore panda kecek kelate pah teley nasi kabu


This week aku makan Nasi Kerabu mama Mimi yang masak whuw finally dapat rasa Nasi Kerabu yang betul betul sedap. Sebelum ni aku beli kat kedai. Sedap jugak tapi bahan dia tak cukup macam yang mama Mimi buat. Semua complete! Yang kat kedai tu, sayur dia sikit. Kuah dia tak kick. Percaya atau tidak, aku habiskan satu pinggan tu hihihi gila tak? sumpah aku suka gila Nasi Kerabu.

Nanti mengandung kalau aku ngidam Nasi Kerabu. Memang aku upah mama mimi buatkan hahaha

Aku ni nak kata ada darah Pantai timur, memang takda langsung. Setitik pun takda. Aku lahir pun kat blah utara. Membesar kat blah Selatan. Mak aku orang Perak, ayah orang Kedah so aku ni mix Perak + Kedah tapi suka makan Nasi Kerabu hahaha

Bukan nak kata aku tak suka pasemboq/ nasi lemak royale/ nasi kandaq. Aku suka tapi tak segila Nasi kerabu. Nasi kerabu ni aku hadap hari-hari sumpah tak jemu. Mungkin sebab budu hahaha entahla. Citarasa masing-masing kan. Elak dapat suami ore kelate jah nim hihihi naahh boleh doh kecek kelate sikik sikik kuikuikui

If you guys nak order. Boleh la contact si Mimi ni. Click ja kat mana-mana nama dia tu. Dapatla contact dia hiks!

#PikaGilaNasiKerabu



Sunday 15 November 2015

Result UiTM


13rd of November 2015 yang lalu, pelajar diploma Universiti Teknologi Mara di seluruh Malaysia digemparkan dengan keputusan peperiksaan mereka pada jam 11.50pm (ceh gitu ayat macam nak buat berita kah!)

Mungkin akan ada yang sohseh sohseh "aku lagi hebat result dari dia tapi takdala sampai nak post bla bla bla bla" but you must remember, THIS IS MY BLOG. Su-ka-ha-ti-la. Kau tak nak tunjuk, tu kau punya pasal. 

Naahh gambar atas tulah result aku untuk tahun akhir bagi pengajian Communication and Media Studies .Syukur Alhamdulillah MUET pun band 4, CGPA/GPA dean tapi tak ANC pun hahaha cuma first class saja. Takpelah, tak dapat selimpang pink. Nanti pinjam Fats punya selimpang pink waktu convo sebab dia ANC (dean every sem. Dean letups-letups bak ang) hahaha dia tak bagi, aku nak jugak! kira apa aku. 

Apa yang aku tempuh 3years untuk segulung diploma dekat UiTM Lendu, Sangatlah mencabar. Dengan nak hadap kawan perangai serupa snake in the grass, nak improve grammar from day to day, salah pilih groupmates huf huf huf ni kalau aku list apa aku tempuh masa zaman Diploma macam korang nak baca hahaha anyways, if did not have any pressure, diamonds would not exist is it? naahhh gituuw 

Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada diri aku sendiri sebab dapat banggakan mak ayah aku dan  bagi contoh kat adik adik (mungkin, kononnyala) hahaha and congratulation for those yang takda repeat paper especially who get dean. Yeaayy grad on time. Alhamdulillah.

Byee ! Assalamualaikum.