Assalamualaikum. Now you're currently in my wonderfull blog :> PykaPykot ♥

Thursday, 22 December 2011

HAPPY BIRTHDAY AYAH :')



Haa siapakah dalam gambar tu?? o.O . Okay tu lah ayah Pyka yang Pyka kata Handsome tu :') Tampan tak?? hehe tampan kann?? tengok lah pulak siapa sebelah die hehe . Okay Pyka tak lawa :) tahu dah . Sebenarnya nak cakap
H A P P Y B I R T H D  A Y A Y A H :')
Haa 21Dec befday ayah :) 18Dec haritu befday Pyka kann??.biasalah kalau dah anak ayah,mestilah semua nak sama sama hehe . Befday ayah celebrate kat Subang Prade,Kenny Rogers,takda siapa belanja ouh..duit ayah jugak guna :/ tapi tapi cake kitaorang beli sendiri taauu tapi kecik je lah sebab duit Pyka dengan adek adek alahaaii ~ mana nak mampu beli cake mahal mahal kann :/ . Last,sayang Ayah ketat ketat muaaahh . One more sempene befday ayah,ayah nak bawak kitaorang pegy balik kampung then Genting and Gambang (sepatutnya anak lah kan bawak ayah jalan jalan ney terbalik pulak -.-) Apa apa pun tak sabar balik kampung kat Perak mau amik buaahh .Boooiii jumpa kat sana kayyy :)

Tuesday, 13 December 2011

Semua tentang dirimu ku buang dalam plastik sampah XD


Semalam Pyka kemas bilik sebab nak masuk katil baruu <3 wink wink . Masa mengemas tu Pyka buang apa yang sepatutnya di buang dan tu haaa..kat gambar tu nampak tak??.dalam plastik hitam tu ada buku latihan SPM,Nota SPM,Paper Exam untuk SPM and semua pasal SPM lah senang >.< haa banyakkan??.tak sangka ouuhh 2 bag plastik sampah tu :) hewhew rajin tak Pyka study *takstudypunsebenarnya* . Dulu barang dalam plastik sampah tu lah yang temankan Pyka malammalam sampai 3-5 pagi but now semua tentang dirimu ku buang dalam plastik sampah XD kasihan . Pyka dah habis SPM 8Dec2011 err korang dah habis??.and please lah dengki dengan Pyka yang dah habis SPM ney..please :D hehe so kepada sesiapa yang calon SPM 2012 tu dah beli baju sekolah semua?? muehehe bersiap sedia lah dengan bakal boyf and girlf korang yang sentiasa menemani korang malam malam muahaha . Korang yang belum amik SPM,do the best and be the best,make your parents proud of you :) belajar elok elok taauuu,SPM sekali dalam seumur hidup .

Tuesday, 6 December 2011

Amik paper Ekonomi lambat -.-

Okay gambar kat atas ney jam kan??. Tapi jam gambar Perry Platipers *tak tahu lah nama die betul ke tak ejaan die kann . Cartoon ney Pyka suka tengok . Okay stop.sambung cerita yang utama,semalam study Ekonomi sampai pukul berapa tah,tidur pukul 4.45am -.- bangunbangun esok dari tidur,keadaan kat luar dah terang gila . Tengok jam Oh God!!.dah lambat amik paper Ekonomi -.- bangun je terus capai satrika nak iron baju sekolah tapi ayah Pyka nak tolong satrika kan,mak pulak tolong siap kan sarapan . Mandi semua pakai baju sekolah yang ayah dah tolong iron kan and yang best time pakai stoking sekolah ayah Pyka sarungkan tudung sekolah Pyka :) memang best sangatlah kan,memang da tahap teruk gila la kan lambat tu >.< hati rasa dup dap . Pyka kata kat ayah nak pinjam motor LC die sebab laju sikit,cepat sampai tapi ayah tak bagi sebab die kata takut Pyka tak selamat sampai sekolah . Okay takpe . Ayah risaukan Pyka . Ayah yang sayangkan anak die :) . Sampai sekolah berlari secepat mungkin ke dewan exam  . Tengok takda orang . Pelik jugak kan :/ . Mana mereka semua??. Papp!!.jumpa Lokman dengan Hafiz . Tanya dorang mana budakbudak yang amik Ekonomi and dorang cakap,lambat lagi Ekonomi,start pukul 11.15am kann . Dorang dua datang sekolah cepat sebab nak study . Okay Pyka tengok jam pukul 8.05am --' . Tadela Pyka ingatkan start Ekonomi pukul 8am rupanya pukul 11.15am --' . Bangun tadi pun tengok jam pukul 7.45am tu yang gelabah sardin siapsiap nak amik exam Ekonomi -.-' sebab ingat exam Ekonomi start pukul 8am. Punyalah ayah mak gelabah sardin siapkan Pyka tadi . Kesian dorang :/ then Pyka Call ayah cerita perkara sebenar . Biasalah kalau orangorang tua,tak bising tak sah tapi maknanya die sayang kita kann :) . Okay now pukul 10.30am buad entry ney so nak siapsiap pergi exam Ekonomi . Booooiiii

P/S: Korang yang nak amik exam besar macam SPM ney kene lah alert,jangan careless macam Pyka :/ . Lepas ney bende ney takkan berulang lagi >.< haih

Saturday, 3 December 2011

rempit style XD



okay look at the picture :) haa amiklah pengajaran..kita orang melayu kann??.so tulis lah elokelok bagi senang orang nak faham jangan tulis macam wemmppiitzz style  :/ orang bukan saja tak faham malah orang fade up nak baca..lagi satu korang bukan nak jimat masa lagi bazer masa and menukarkan bunyi sesuatu perkataan yang menarik kepada tak berapa menarik ada lah,contoh:
--> suka - sukew
--> aku - aquew/aq
PENERANGAN: Yang ney pulak memang lah singkat tapi cuba korang baca betulbetul jadi akiu kann :/ so betulbetul lah tulis perkataan tu .
--> dekat mana - at new
PENERANGAN: New??new kan dalam bahsa eng 'baru' --' haiyaa kenapa letak kat situ beb??tulis lah betubetul sayang.
-->
  itu lah - tuw arh / too arx / to aa
PENERANGAN:
Okay yang ney pulak,korang bayangkan macam mana lah kalau orang matsaleh terbaca ayat korang yang ney,mesti dorang kata kita tak pandai berbahasa eng yelah guna bahasa die di tempat yang tak betul padahal kita bukan guna bahasa die pun jadi,kita punya maruah pun tercemar so guna lah bahasa kita yang sebenarnya :) kan lagi bagus guna ejaan yang betul bagi bahasa kita :)

Okay,Pyka buad post ney bukan nak kutuk sesapa yang guna ayat wempitz tapi nak tegur korang jangan lah buad ayat yang orang susah nak faham and susah nak baca,boleh guna shortform ney tapi berpadapadalah beb,biar orang faham and shortform jangan sampai menukarkan bunyi ayat tu..korang ubahlah,biar orang senang nak baca :) . Okay harap lepas post entry ney takda siapalah yang nak bermusuh atau tak suka dengan Pyka muehehe,kalau tak puas hati mai datang depandepan okay?? :) muuaaahhh :*


*marilah kita jadikan ejaan bahasa kita kepada yang lebih baik :)
*Terima Kasih adek Syafiq Zawari sebab Print Screen muehehe,sememangnya akak lembs nak belajar print screen hehe :)

Friday, 11 November 2011

kalau Pyka kahwin macam mana??

Bangun pagi pukul 7am ayah bising sebab tak pegy sekolah :/ eh bukan tak pergi sekolah tapi memang sekolah bagi cuti,nak SPM kann..ayah pulak tak tahu tu yang bising . Okay tu satu kacau Pyka tengah tidur lene pastu 15minit lepas tu Yusri call..die ajak pegy rumah die pukul 9am sebab kakak die nak kahwin,Pyka pun pegy lah lagipun kakak die mintak tolong tangkap gambar masa nak akad nikah tuu..sampai je kat rumah Yusri,terus kakak Yusri ajak masuk bilik pegantin..wooaaa :O tengok pegantin die lawa gilaa..haa yang dalam gambar tula pengantin perempuan <3 :) lawa kann??.masa tangkap gambar dorang dua akad nikah,pembatalan air semayang Pyka terus terfikir "kalau aku kahwin macam mana ye??,siapalah suami aku nanti" HAHA tadi pun pegantin lelaki akad nikah sekali je,tade salah apa apa pun..okay macam macam yang Pyka fikir..ala korang pun macam tu jugakkaann?? hehe dah tangkap gambar semua time makan pulak :) time makan,Pyka makan dengan family Yusri pastu Yusri suruh Pyka tanya pasal kerja kerani kat tempat ayah Pyka kerja sebab ayah Pyka ada cakap kat yusri kalau nak cari kerja cakap kat die je tu yang Yusri tanya tibe tibe papp!!.terus abang Yusri bersuara.. 'haa kalau nak masuk minang cakap je kat pakcik' ..waterfork!!.heh pandai pandai je lah abang Yusri neyh..apa lagi terus Pyka cakap 'mau sawan setahun kalau yusri masuk minang' Yusri pulak buad muka mata hitam naik atas..ee simpang 44 lah kahwin dengan die..


btw Selamat Pegantin baru kepada kakak Yusri <3 harap kekal sampai anak cucu :) tunggu Pyka kahwin pulak kayh muahahaha

Thursday, 10 November 2011

last day with form5 before SPM :)

Wheee..last day dengan dorang semua :') rasa sedih pulak tapi inilah yang Pyka nak..sebab apa??sebab Pyka nak keluar cari kawan lain lah :) bukan dorang tak okay ala tengok gambar pun kiteorang macam adek beradik kann??.kalau ada kawan kat Puncak Alam je pun tak boleh jugakkan :P tadi dengan dorang semua kemas bilik peperiksaan dan Pyka??haa sebok tangkap gambar orang sana sini :D tak tolong tapi tolong sikitsikit je :) hehe . Kiteorang kemas kemas bilik sebab Isnin ni 14 November 2011 da start SPM >.< ohh!.tak sanggup rasanya nak menghadapi tapi nak habis cepat SPM :/ Pyka tak nak lost contact dengan dorang semuaa . Pyka sayang kawan kawan Pykaa :( hmm I never forget this moment with 5Gigih :) muaaahhh :*

Okay lepas semua habis kemas bilik peperiksaan..semua bergerak pegy bilik guru cari cikgu yang dah banyak berkhidmat untuk kiteorang bagi kiteorang tak gagal dalam satusatu subjek..haa kalau da part mohon restu mula lah semua nangis nangis :') nangis bukan sebab kene marah dengan cikgu tapi nangis sebab terlalu berterima kasih kat cikgu da mengajar kiteorang :')


Cikgu yang first Pyka nak jumpa Puan Rohayah,Cikgu Math kat tuition sebab cikgu Rohayah da banyak bantu Pyka dalam Math..Cikgu Rohayah ajar Pyka sampai Pyka mahir Math <3 wheee Thank Yoouu..Pyka nangis okay bye >< pastu pegy jumpa Cikgu Azmilah,Cikgu Science kat tuition Pyka :) okay Pyka nangis lagi >< Cikgu ney lagilah banyak sabar dengan Pyka..yelah Pyka banyak tanya soalan di luar jangkaan tapi Cikgu tetap terangkan dengan elokelok :) hehe lepas tu kiteorang jumpa dengan semua cikgu yang pernah ajar kiteorang,kiteorang tahu kiteorang banyak buad salah,kiteorang nakal dalam kelas tapi nasib baik time kiteorang mintak maaf cikgu nangis sekali :') baik hati cikgu :) hehe Okay time nak tunggu dorang semua mintak maaf dengan Cikgu Shurni tetibe Pyka ada nampak budak f5 aliran sastera nak mintak maaf dengan cikgu mana tah,tak sempat budak f5 tu nak bukak mulut da cikgu tu terus mintak nombo surat beranak HAHA kesian budak f5 tu baru nak mintak maaf da kene tuntut nombo surat beranak..hina betul but lastly cikgu tu kata 'cikgu da maafkan korang semuaa,dah tapaya cakap apa apa,cikgu nak simpan air mata ney untuk tengok result korang nanti' :')
  wooaaa..ayat cikgu tuu menusuk jantung..cikgu Puncak Alam luaran nampak brutal tapi dalam dalaman lembut such as gulagula kapas ouhh :')

Okay lepas sesi mintak maaf dengan cikgu dah habis,dengan kengkawan pulak..haa tang kawan kawan ney ada yang jugak ego tak nak langsung pegy mintak maaf,tunggu orang datang kat die mintak maaf hmm tah lah manusia manusia and yang paling best Pyka dengan Medina mungkin da takda apa apa salah faham :) wheeee <3 btw korang semua good luck and wish me luck kayh??. :)

The concluison is lebih baik kita meminta maaf dengan orang daripada memaafkan orang :')

Friday, 4 November 2011

Math dan Yusri

Harini aku terkejut sebab tetibe ada beberapa orang perempuan..tak berapa kenal sangat die,jumpa kat tusyen tegurtegur cemtu je lah hahaha..die pun budak teater erm die tanya pyka dapat berapa trial SPM ? Math okay tak, itulah inilah macam polis -.- okay tapi takpe,tak salah kann :) cuma yelah result tak berapa okay..tak syiiookk lah kalau nak jawab soalan die tu kann :( at last pyka jawab tak berapa nak pandai..tup!.tup!.tup!.die mintak pyka ajar die Math :O gila!!.pyka cakap lah tak reti then die kata pyka tipuu sebab die tgk pyka pandai Math dalam list dan dia kata Cikgu Anuar ada puji..oh noo!.*yusri baca mesti die nak muntah* at last pyka ajar jugak die..ajar die senang je sebab otak die jenis cepat tangkap. Alhamdulillah..die kata senang nak faham pyka ajar :) okay agak kembang dah time tu :D dan die suruh pyka ajar die lagi tapi pyka kata sifu pyka Yusri,Yusri lagi pandai Math but in actual fact i'm not excellent yet in Math :/ jyeeaahh! hahaha

haa cakap pasal Yusri dari tadi..tahu tak,Yusri tadi naik atas pentas..amik anugerah..die menang futsal peringat Daerah kot :/ dan die dapat permain terbaik pasukan dan permain terbaik keseluruhan :) tahniah Ahmad Yusri :) nasib baik kau kawan dengan aku kann,kalau kau tak kawan dengan aku..kau tak dapat anugerah ney :P HAHA ney fakta!.btw bukan salah aku tak bawak camera nak tangkap gambar kau amik hadiah kat atas stage tapi kau yang inform salah,kau kata hari Isnin tengoktengok hari Jumaat so lain kali je lah kaayy :) fyi aku ada jerit nama kau time kau amik hadiah??dengar tak??tak dengar??kay kau pekak :D

Monday, 31 October 2011

Semangat SPM


okay tadi kat sekolah pun semua busy belajar subject yang dorang lemah sebab lagi 2minggu je nak SPM tapi pyka??buad pete lah :D bukan malas tapi mengantuk,malam semalam baca novel sampai pukul 3.30am hehe seronok sangat novel tu sampai ngalit baca sampai habis :D ala,cikgu pun tak kisah pyka tidur :) tidur depan cikgu lagi tauu haaa..pelajar terbaik kann??.

Tiba2 cikgu kejutkan pyka, dia kata "dari awak tidur. Baik awak ajar kawan2 awak ni Math. Kawan2 awak tak tahu ni. Awak ajar, cikgu tengok. Kamu salah ajar cikgu ketuk kepala kamu"

Aku dah ey ey ey eyy! aku tak kisah sangat nak ajar budak tapi tu ah tak da mood. takda gang ah, harini bosan. Yusri tak datang sekolah eee dia tu. Tak cakap pun tak datang sekolah. Jahat! Yusri Jahat! Ponteng sekolah sorang sorang ish!

Petang ni tak nak keluar kalau dia ajak lepak!



Sunday, 30 October 2011

step by step :)


haaa..pyka tengah belajar pasal editedit blog ney :) woooaa rupanya senang jee HAHA cuma lambat sikit nak faham --' lembab kann :/ otak pyka tak macam kamu semua lah!.otak excellent excellent :) kalau nak tahuu..ayah pyka pun tolong jugak tauu :P HAHA okay nak belajar lagi neyh booiii

Friday, 28 October 2011

i am a beginner


                                                 'you need to know'
jyeaaahh!.i am a beginner on this blog spot :D tu pun ada member buad kan :/  err semua tak tahu apa nak buad :/ tolong lah bagi tunjuk ajar :) btw Thank You to Muhammad Aqil Danial cause create my blog lebchiiuuw <3 :)