Assalamualaikum. Now you're currently in my wonderfull blog :> PykaPykot ♥

Sunday, 20 December 2015

BIRTHDAY WISHES

 


Thanks for those yang wish bfday aku dekat insta/twitter/whatsapp/messenger. Walaupun ada wish yang agak kurang asam takpe aku redho hahaha at least korang wish. Yang post gambar aku dekat insta pastu wish. Thank you gila-gila. Aku appreciate. Lagi ramai wish bfday aku lagi bagus tapi lebih elok wish kat media so that i can be a famous hikhikhik walaupun takda hadiah dari segi zahir. Aku langsung tak kisah. Janji aku terima hadiah dari segi batin iaitu persahabatan.

Sayang ampa suma!!


Saturday, 21 November 2015

Ore harap ore panda kecek kelate pah teley nasi kabu


This week aku makan Nasi Kerabu mama Mimi yang masak whuw finally dapat rasa Nasi Kerabu yang betul betul sedap. Sebelum ni aku beli kat kedai. Sedap jugak tapi bahan dia tak cukup macam yang mama Mimi buat. Semua complete! Yang kat kedai tu, sayur dia sikit. Kuah dia tak kick. Percaya atau tidak, aku habiskan satu pinggan tu hihihi gila tak? sumpah aku suka gila Nasi Kerabu.

Nanti mengandung kalau aku ngidam Nasi Kerabu. Memang aku upah mama mimi buatkan hahaha

Aku ni nak kata ada darah Pantai timur, memang takda langsung. Setitik pun takda. Aku lahir pun kat blah utara. Membesar kat blah Selatan. Mak aku orang Perak, ayah orang Kedah so aku ni mix Perak + Kedah tapi suka makan Nasi Kerabu hahaha

Bukan nak kata aku tak suka pasemboq/ nasi lemak royale/ nasi kandaq. Aku suka tapi tak segila Nasi kerabu. Nasi kerabu ni aku hadap hari-hari sumpah tak jemu. Mungkin sebab budu hahaha entahla. Citarasa masing-masing kan. Elak dapat suami ore kelate jah nim hihihi naahh boleh doh kecek kelate sikik sikik kuikuikui

If you guys nak order. Boleh la contact si Mimi ni. Click ja kat mana-mana nama dia tu. Dapatla contact dia hiks!

#PikaGilaNasiKerabu



Sunday, 15 November 2015

Result UiTM


13rd of November 2015 yang lalu, pelajar diploma Universiti Teknologi Mara di seluruh Malaysia digemparkan dengan keputusan peperiksaan mereka pada jam 11.50pm (ceh gitu ayat macam nak buat berita kah!)

Mungkin akan ada yang sohseh sohseh "aku lagi hebat result dari dia tapi takdala sampai nak post bla bla bla bla" but you must remember, THIS IS MY BLOG. Su-ka-ha-ti-la. Kau tak nak tunjuk, tu kau punya pasal. 

Naahh gambar atas tulah result aku untuk tahun akhir bagi pengajian Communication and Media Studies .Syukur Alhamdulillah MUET pun band 4, CGPA/GPA dean tapi tak ANC pun hahaha cuma first class saja. Takpelah, tak dapat selimpang pink. Nanti pinjam Fats punya selimpang pink waktu convo sebab dia ANC (dean every sem. Dean letups-letups bak ang) hahaha dia tak bagi, aku nak jugak! kira apa aku. 

Apa yang aku tempuh 3years untuk segulung diploma dekat UiTM Lendu, Sangatlah mencabar. Dengan nak hadap kawan perangai serupa snake in the grass, nak improve grammar from day to day, salah pilih groupmates huf huf huf ni kalau aku list apa aku tempuh masa zaman Diploma macam korang nak baca hahaha anyways, if did not have any pressure, diamonds would not exist is it? naahhh gituuw 

Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada diri aku sendiri sebab dapat banggakan mak ayah aku dan  bagi contoh kat adik adik (mungkin, kononnyala) hahaha and congratulation for those yang takda repeat paper especially who get dean. Yeaayy grad on time. Alhamdulillah.

Byee ! Assalamualaikum.

Saturday, 24 October 2015

No title


Kadang-kadang kita plan elok ja, cantik ja tapi bila kita nak tempuh aduhlamak pelbagai ujian yang mendatang. Tahan dengan tidak ja but if did not have any pressure, diamonds would not exist is it haaa sama jugak macam hidup kita sekarang ni, Ujian berlonggok-longgok akan menghasilkan satu kejayaan yang kita tak sangka.Cuma kita jangan mudah mengalah. Fikir satu je, hidup manada semua indah-indah belaka. Sabar, usaha dan doa.


Erm menda tah aku bebel. Yang pasti aku esok nak pergi cari kat mana Menara Celcom kat Jalan Semarak sebab on Monday at 12pm aku ada inteview kat sana. So i have to find where is it. Sorryy aku buta jalan.


Bhooiii.

Wednesday, 21 October 2015

Buang Habuk


Lama sangat dah tak update kat sini. Bila menaip kat sini rasa macam bodoh je sebab
"Aku macam cakap sorang-sorang. Gila ke apa?" hahaha

"Ada ke orang nak baca?"
"Ada lagi ke orang guna blog?"
"Letups lagi ke blog?"

Atau aku dah terlalu ketinggalan zaman sampaikan tak tahu blog sekarang dah letup letup hahaha 

Okay tinggalkan persoalan tu. Apa pun aku dah habis zaman diploma aku dimana aku sudah berjalan tiga tahun untuk samai ke pit stop Diploma. Matahari terik, hujan renyai-renyai, ribut, petir, guruh, musim jerebu, panas, luruh semua aku tempuh dengan jayanya. Alhamdulillah, Tengok result dari part one, takda subject yang dapat C. Paling rendah B- erm subject Broadcasting. Tu je lah satu satunya subject yang B- oh iSedih. Nevermind, Lupakan, Salah sendiri takpayah nak banyak complain.


Habis diploma ni aku cari kerja, Actually cari kerja tetap ni bukan perkara mudah. Lagi-lagi u have zero experience. Even though sebelum ni aku ada pernah kerja part time sebagai

- Cashier KFC Saujana Utama,
- Barista Starbucks Setia Alam,
- Concession GSC Setia City Mall
- Cahsier Petronas Puncak Alam
- Waitress Restaurant Johnny's Steamboat Jusco Bukit Raja

Tapi ini semua bukan dorang nak tengok sangat pun  kahkahkah mungkin dorang ada tengok cuma tengok berapa lama aku bertahan dekat sesebuah company. Masalahnya aku kerja pun masa cuti semester. Memang sebulan dua je ah hahaha hm harapkan traskrip diploma sajalah.

Nasib result clean dan terima kasih CGPA kerana banyak membantu saya dalam mencari kerja kahkahkah dan bisnes printing aku, #PYKAPRINTING. Mostly aku pergi interview, bila aku summarize background aku, dorang terkejut aku ada buat my own bisnes kat uitm kihkihkih illegal pulak tu aahahahah p mamp! 

Banyaknya membebel. Nak kena tukaq link ah, celotehpyka.blogspot.com hahahahah 

Jumpa esok!