Semoga Nur Afiqa jadi host yang meletop, journalist yang berjaya dan dimurahkan rezeki :>

Friday, 9 March 2018

Dreams come true.

Berangan.

Bila dengar / baca perkataan ni orang mesti kaitkan dengan hasil yang negatif. Tin kosong. Maksud aku macam...

"Berangan je lebih, habuk takda"
"Suka hidup dalam angan-angan la kau ni. Wake up!"
"Kau ni berangan je tak habis-habis"

Okay ini selalu kita dengar dari mulut kawan-kawan sekeliling kita atau keluarga kita sendiri tapi  cuba kita pandang 'berangan' ni pada sebelah positif. 

Sebab bagi aku, berangan ni elok sebab dapat bawak kita lebih jauh. Di mana aku jumpa hipotesis aku sendiri (ciwaaahh!); Semakin tinggi kita berangan, semakin tinggi usaha kita untuk capat angan-angan.

Kira berangan tu jadi satu matlamat dalam hidup kita. Kita kejar benda tu, kita usaha nak dapatkan, kita usaha cari lubang macam mana nak penuhkan tin yang kosong tu supaya tak 'bunyi' je lebih.

Sekali pun kita tak dapat nak capai tahap 'dreams come true', at least lepas kita usaha, ada jugak hasilnya.

Siapa je angan-angan dia jadi kenyataan? Takda !! sebab hidup ni penuh dengan kejutan. We did not know what happen next. Entah-entah kita dapat lebih dari apa kita angan-angankan. Apa perlu kita buat, berangan dan usaha.

Oh! ya  lagi satu suami sis selalu pesan, DOA, InsyaAllah, Maha Pemurah akan bagi apa yang kita nak :)

Tuesday, 13 February 2018

Viral


Baru2 ni kan AJL32 dan Hael Husaini menang tempat pertama bagi keseluruhan kategori. Tahniah! 😄 tapi itu bukan cerita utama yang aku nak sembang kat sini. Kalau korang perasan di akhir rancangan AJL32, Hael menyanyi lagu Jampi dan Iqram Dinzly tetiba naik stage menari dengan baju kuning HAHAHA dan aku sempatla record dengan sekali aku ketawa besar.

Terus aku post kat Twitter --Click to view the video-- dan aku tak sangka dapat sambutan gila kentang! tapi RT tak banyak mana cuma aku amaze bila video aku ni sampai masuk Oh Bulan! / Kini Viral whuw 😎 tahu haritu aku record muka aku sekali HAHAHAHAHAH 😂 


OKAY BYE!

Wednesday, 31 January 2018

Ego perempuan

Hari ni aku nak bagi pandangan pasal ego perempuan. Especially bagi pasangan bercinta yang selalu gaduh sebab ego memasing tinggi kalah Burj Khalifa. Memasing tak nak kalah pulak tu weh aduhlahai *tepuk dahi*

First and foremost (ciwah fefiling acknowledgement novel omputih gitchew), aku nak pesan kat kaum lelaki bila kau tengah hadap awek kau tengah ego. Kau iye kan je. This time, you cannot say no even though salah dia tapi kau chill je dulu.

Trust me, dalam perbalahan ni, awek kau tahu je tu salah dia cuma dia tak boleh terima kenyataan so dia nak rasa dia betul so kau biarkan je dia menang, kau iyekan je apa dia cakap dan kau ikut je apa dia cakap.

Ikut apa yang dia cakap maksud aku tu bukan dia suruh kau murtad, kau murtad. Maksud aku, dia suruh kau mintak maaf atau mengaku itu adalah kesalaha kau. Kau mengaku je atau dia kata jangan keluar lepak malam ni, ye kau iyekan je.

Tapi lepas beberapa minit keadaan dah reda, dalam keadaan kau sedang memujuk dia, kau bagi la ayat ayat deep. Bukan ayat-ayat pedih yang memarakkan api kemarahan dia balik. Nada lembut je beserta manis but in the same time kau boh sekali ayat makan dalam. Padu punya! Tak perlu maki-maki, tak perlu tegking-tengking, baling-baling barang. Perempuan ni lemah kalau kau berlembut dengan dia.

Percayalah, lepas kau smash dia dengan ayat deep kau dengan nada lembut kau tu, 15 minit lepastu dia akan sedar kesalahan. dia. Sesilap dia balik mintak maaf kat kau tanpa kau suruh. Masatu, kau buat-buat je la tanya dia, kenapa cukcam mintak maaf? Salah cukcam apa ye? so awek kau akan sedar kesalahan dia dan lepasni dah tak nak melenting ikut perasaan. CONFIRM!

Setiggi tinggi ego perempuan ni, tinggi manalah sangat walaupun ketinggian dorang bawah 150cm kuikuikui. Korang boleh je handle cuma korang tak tahu cara dia. Plus, kalau korang dah mulakan dengan kekasaran atau menggunakan kata-kata kesat dalam relationship tu, ha awek korang pun akan buat benda yang sama la.

Ingat! perempuan ni never grow up bro! Manja dorang tu, kau je boleh rasa dan control cuma cara kena betul je. Yes perempuan complicated tapi kau jangan complicated kan lagi. Dia jadi api, kau jadi air bukan minyak! mahupun orang minyak 😜

Sekian!

Monday, 29 January 2018

Update!

Hey blog! lama dah tak bebel pasal life aku kat sini. Kalau tak selalu bebel kat sini tapi tulah sejak perkembangan zaman teknologi makin lama makin canggih di mana sekarang dah boleh update story through insta story so aku pun macam 'bye bye blog' seperti kacang melupakan kulit.

Hm hambarnya mukadimah 🙇 hm biarlah!

So next, perkembangan aku takdalah banyak sangat. Just finished my degree and currently sedang ternak lemak kat ladang katil aku sendiri hewhewhew bosan nyew hidup...... 😒

Tapi, macam biasa la kalau dah baru lepas habis belajar, apa lagi? duduk bilik, memerap, layan movie yang sekarang aku tengah layan cerita Riverdale and Dia 😊

Macam takda topik hari ini. Yelah kira mukadimah je ni hehehe esok sambung. Bye! :)

Monday, 22 August 2016

Okay nampak tak gambar kat atas tu?? Okay kalau tak nampak click je gambar tu bagi besar dan awak awak awak dan awak boleh nampak apa sebenarnya gambar tu hihi bhoi

Sunday, 20 December 2015

BIRTHDAY WISHES

 


Thanks for those yang wish bfday aku dekat insta/twitter/whatsapp/messenger. Walaupun ada wish yang agak kurang asam takpe aku redho hahaha at least korang wish. Yang post gambar aku dekat insta pastu wish. Thank you gila-gila. Aku appreciate. Lagi ramai wish bfday aku lagi bagus tapi lebih elok wish kat media so that i can be a famous hikhikhik walaupun takda hadiah dari segi zahir. Aku langsung tak kisah. Janji aku terima hadiah dari segi batin iaitu persahabatan.

Sayang ampa suma!!


Saturday, 21 November 2015

Ore harap ore panda kecek kelate pah teley nasi kabu


This week aku makan Nasi Kerabu mama Mimi yang masak whuw finally dapat rasa Nasi Kerabu yang betul betul sedap. Sebelum ni aku beli kat kedai. Sedap jugak tapi bahan dia tak cukup macam yang mama Mimi buat. Semua complete! Yang kat kedai tu, sayur dia sikit. Kuah dia tak kick. Percaya atau tidak, aku habiskan satu pinggan tu hihihi gila tak? sumpah aku suka gila Nasi Kerabu.

Nanti mengandung kalau aku ngidam Nasi Kerabu. Memang aku upah mama mimi buatkan hahaha

Aku ni nak kata ada darah Pantai timur, memang takda langsung. Setitik pun takda. Aku lahir pun kat blah utara. Membesar kat blah Selatan. Mak aku orang Perak, ayah orang Kedah so aku ni mix Perak + Kedah tapi suka makan Nasi Kerabu hahaha

Bukan nak kata aku tak suka pasemboq/ nasi lemak royale/ nasi kandaq. Aku suka tapi tak segila Nasi kerabu. Nasi kerabu ni aku hadap hari-hari sumpah tak jemu. Mungkin sebab budu hahaha entahla. Citarasa masing-masing kan. Elak dapat suami ore kelate jah nim hihihi naahh boleh doh kecek kelate sikik sikik kuikuikui

If you guys nak order. Boleh la contact si Mimi ni. Click ja kat mana-mana nama dia tu. Dapatla contact dia hiks!

#PikaGilaNasiKerabu



Sunday, 15 November 2015

Result UiTM


13rd of November 2015 yang lalu, pelajar diploma Universiti Teknologi Mara di seluruh Malaysia digemparkan dengan keputusan peperiksaan mereka pada jam 11.50pm (ceh gitu ayat macam nak buat berita kah!)

Mungkin akan ada yang sohseh sohseh "aku lagi hebat result dari dia tapi takdala sampai nak post bla bla bla bla" but you must remember, THIS IS MY BLOG. Su-ka-ha-ti-la. Kau tak nak tunjuk, tu kau punya pasal. 

Naahh gambar atas tulah result aku untuk tahun akhir bagi pengajian Communication and Media Studies .Syukur Alhamdulillah MUET pun band 4, CGPA/GPA dean tapi tak ANC pun hahaha cuma first class saja. Takpelah, tak dapat selimpang pink. Nanti pinjam Fats punya selimpang pink waktu convo sebab dia ANC (dean every sem. Dean letups-letups bak ang) hahaha dia tak bagi, aku nak jugak! kira apa aku. 

Apa yang aku tempuh 3years untuk segulung diploma dekat UiTM Lendu, Sangatlah mencabar. Dengan nak hadap kawan perangai serupa snake in the grass, nak improve grammar from day to day, salah pilih groupmates huf huf huf ni kalau aku list apa aku tempuh masa zaman Diploma macam korang nak baca hahaha anyways, if did not have any pressure, diamonds would not exist is it? naahhh gituuw 

Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada diri aku sendiri sebab dapat banggakan mak ayah aku dan  bagi contoh kat adik adik (mungkin, kononnyala) hahaha and congratulation for those yang takda repeat paper especially who get dean. Yeaayy grad on time. Alhamdulillah.

Byee ! Assalamualaikum.

Saturday, 24 October 2015

No title


Kadang-kadang kita plan elok ja, cantik ja tapi bila kita nak tempuh aduhlamak pelbagai ujian yang mendatang. Tahan dengan tidak ja but if did not have any pressure, diamonds would not exist is it haaa sama jugak macam hidup kita sekarang ni, Ujian berlonggok-longgok akan menghasilkan satu kejayaan yang kita tak sangka.Cuma kita jangan mudah mengalah. Fikir satu je, hidup manada semua indah-indah belaka. Sabar, usaha dan doa.


Erm menda tah aku bebel. Yang pasti aku esok nak pergi cari kat mana Menara Celcom kat Jalan Semarak sebab on Monday at 12pm aku ada inteview kat sana. So i have to find where is it. Sorryy aku buta jalan.


Bhooiii.

Wednesday, 21 October 2015

Buang Habuk


Lama sangat dah tak update kat sini. Bila menaip kat sini rasa macam bodoh je sebab
"Aku macam cakap sorang-sorang. Gila ke apa?" hahaha

"Ada ke orang nak baca?"
"Ada lagi ke orang guna blog?"
"Letups lagi ke blog?"

Atau aku dah terlalu ketinggalan zaman sampaikan tak tahu blog sekarang dah letup letup hahaha 

Okay tinggalkan persoalan tu. Apa pun aku dah habis zaman diploma aku dimana aku sudah berjalan tiga tahun untuk samai ke pit stop Diploma. Matahari terik, hujan renyai-renyai, ribut, petir, guruh, musim jerebu, panas, luruh semua aku tempuh dengan jayanya. Alhamdulillah, Tengok result dari part one, takda subject yang dapat C. Paling rendah B- erm subject Broadcasting. Tu je lah satu satunya subject yang B- oh iSedih. Nevermind, Lupakan, Salah sendiri takpayah nak banyak complain.


Habis diploma ni aku cari kerja, Actually cari kerja tetap ni bukan perkara mudah. Lagi-lagi u have zero experience. Even though sebelum ni aku ada pernah kerja part time sebagai

- Cashier KFC Saujana Utama,
- Barista Starbucks Setia Alam,
- Concession GSC Setia City Mall
- Cahsier Petronas Puncak Alam
- Waitress Restaurant Johnny's Steamboat Jusco Bukit Raja

Tapi ini semua bukan dorang nak tengok sangat pun  kahkahkah mungkin dorang ada tengok cuma tengok berapa lama aku bertahan dekat sesebuah company. Masalahnya aku kerja pun masa cuti semester. Memang sebulan dua je ah hahaha hm harapkan traskrip diploma sajalah.

Nasib result clean dan terima kasih CGPA kerana banyak membantu saya dalam mencari kerja kahkahkah dan bisnes printing aku, #PYKAPRINTING. Mostly aku pergi interview, bila aku summarize background aku, dorang terkejut aku ada buat my own bisnes kat uitm kihkihkih illegal pulak tu aahahahah p mamp! 

Banyaknya membebel. Nak kena tukaq link ah, celotehpyka.blogspot.com hahahahah 

Jumpa esok!

Saturday, 24 May 2014

Apa aku buat?




PYKA IS TYPING .........


razs iskandar 

Wednesday, 31 July 2013

Rindunya :)


Naahhh aku tak tahu nak mula dari mana haih lama sangat kan dah tak update haha so aku nak cerita kes yang baru lagilah aku dgn classmate aku. Bebudak Meskom Lendufornia :) Bulan Ramadhan ni kan, aku dengan classmate aku 24 orang pergi berbuka reramai kat luar. Dekat Restaurant Api-Api . Sedaaaappp. Tempat tu best gilaaaaa :D

Ni lah antara gambar kenangan kami. Takkan di lupakan ! Okay aku kenalkan, dari kiri Mok, Aku sendiri, Alf, Ayip, Mimi dan Scha


Tenenenenenene hihihihi 


Loookkk !!! we are look alike anak beranak aite? aku anak kepada Mok dan Sofia hahaha Love them !! muaaahhh :*


Hameeekkk 24 orang. Ramai bukan? Meriaahh gila wa cakap !!! Hampir satu kelas p cuma Thaqif dgn Tyrah je tak mai sebab dorang ada hal. Sorang badminton sorang lagi amik lesen test JPJ.
Tak sedarah tapi bersaudara. Kami buddyz kahkahkah



nyehnyehnyehnyeh si mok dgn handbag ajet ajet bapok Ya Allah weh mmg kelakar habis time ni.  Ni pun aku tk masukkan video sbb tak boleh hmm idk whyyy gggrrr 

Sekarang aku pun busy dengan study, print dan twitter. Busy lah sangat kan hahaha eh eh eh kalau korang nak tahu sem ni aku dapat roomate yang gila gempak ! bagai seluar jeans ketat dgn hipster takkan terpisah ceeehh haha takpe nnti aku upload gambar roomate aku okay? :) 
 Byee.

Tuesday, 12 February 2013

Pangkor Ireland


Cuti raya cina korang pegy mana? au pergi Pangkor je tu pun aku tak turun pantai malah ke laut pun hahaha aku tak suka sebab nanti kulit hitam. Cukuplah aku dah hitam macam nii hahaha. Aku keluar masa nk makan dan mandi kolam je kahkahkah Pergi sana aku duduk dalam hotel , korek hidung dan tidur . Internet takpayah cakap ah, takda langsung. Adapun wifi yang sangat lembab !! 

Aku pun baru balik ni dari Pangkor tu terus update blog. Tak da apa pun nk cerita. Holiday yang bosan hahaha pantai je, ada apa? masin je dapat puih tapi alhamdulillah dengan kurniaan Allah beri pada bumi kita nii :) 

Kay ah aku dah penat ,esok pulak nak keluar dengan Apit pergi Mid, mau beli buku. Al maklumlah voucher buku RM250 dah dapat dari goverment tu yg decide nk memborong MPH dgn Popular esok kihkihkih Byee . Good night and Good morning. Assalamualaikum.

Saturday, 9 February 2013

Chinese New Year

Nothing going change . Ni pun aku baru je lepas habis Speaking test, CSC test and MidTerm MassMedia pheeww alhamdulillah setakat ni aku tak boleh jawab kesemuanya -.- sangat lah teruk hmm mungkin sem ni aku punahkan hati dan harapan mak ayah aku :/ target 3.5 ke atas tapi? krriikk kriiikk hahaha 


Aku pun busy dengan event . Mascomm student kan? hahaha jadual kelas tak lah pack mana pun tapi event yang banyak . Ni cuti cina actually aku boleh balik sana on Sunday night but I have to go back on Friday night T.T ceddiihh btw thanks to goverment cause give me voucher buku bernilai RM250 :D whee so I can berjimba kat MPH and Popularr kahkahkah 

Banyak sebenarnya aku nk ceritakan tapi rasa tk perlu aku cerita kat sini , Biar jadi memory . Ada benda kita private kan ceita kita kan? okay lah it's 2.47am already . Good moring and good night . Byee :)

Friday, 14 December 2012

Salah aku.

Tumblr_mezsnsbo471r16yigo1_500_large

razs iskandar

Wednesday, 28 November 2012

Busy sebab doktor haha



Busy town yes same goes me :) . Dua tiga hari busy. Buat apa? settle pasal xray . Sebab kan sehelai kertas xray sampai dua aku busy . Bukan apa doktor kat klinik Rohani tuu . Kecoh sangat . Gambar x-ray aku dah okay, normal sudah lah tapi die kata aku still tak sihat sebab breathing aku masih sangkut2 . Memang macam tu sbb apatah tapi doktor pakar perubatan kat Hospital Sungai Buloh tu kata benda tu normal plus aku ada athma TAPI doktor kat klinik tuu masih membebel . Tu yang aku kena ulang alik Hospital ke klinik sebab nk amik surat doktor, nak jumpa doktor ,nak amik pengesahan aduuhh dua tiga kali kerja . Semua sebab doktor klinik Rohani tu yg merumitkan keadaan -..- hmm hmm tah lah .

Doktor Hospital kata kat aku klinik tu tak betul , sini pakar ,die doktor jenis apa cakap kamu tak sihat ni?? saya rawat kamu ,bukan dia . Saya tahu lah . Suruh dia call saya kalau tak puas hati  . Aku gelak je masa doktor pakar tu cakap macam tuu haha . Dah ah ,aku penat ngutuk klinik Rohani dengan doktor pakar tu tadi :p wakakaka , satgi nak layan bola . Malaysia vs Laos . Good night Byee .
Assalamualaikum 

Monday, 26 November 2012

Jauh


Jauh di mata dekar di hati. Razs Iskandar, i love you until my last breath

Friday, 23 November 2012

Cry .



Ombak Rindu agaaaiiinn hehe even though aku dah tengok berjuta kali . Aku akan menangis bila melihat kesengsaraan dan kesedihan yang dilalui oleh Izah :) lagi pulak hero die Aaron kaaaann haa memang aku takkan pernah jemu hehe kalau Aaron panggil aku dari luar rumah ,aku terjun ikut tingkap terus :p tak sempat dah nak lari lari ikut pintuu hahaha. 

Tuesday, 2 October 2012

FINAL EXAM and MY PROMISH :)

Final exam sekarang ,little bit scares :/ errr haih tapi kalau belajar semua tak ada apa hal kan? lain lah kalau tak study,tak selak buku haa memang ternganga sorang sorang macam katak dalam dewan kan? so tepuk dada tanya hati ,kita nak majukan diri perlu ada usaha . Kesenangan bukan datang bergolek . Semua kena ada usaha . Okay after final ends I will promish I will blogwalking who leave foot steps at my shoutbox :) . For those yang amik PMR ,good luck kay? yang amik SPM belajar je ,masih ada banyaaakk masa ni . Belum terlambat 


Okay takda apa nak bebel ,byyeee Assalamualaikum .

Sunday, 12 August 2012

Tadaaaaa :D



Okay we are four :) . Comel tak kitaorang? haha lagilagi yang pakai tudung biru tu en? haha lagilah omey omey kuasa 15 xD hahaha . Kitaorang dah 80% prepared untuk raya. Lagi 20% esok hihi . Ayah Mak makaseh sesemua barang tuuu wheeee hihi . Erm ni je nak cerita :) hihi byeeeee.
Assalamualaikum.